Categories
Berita Semasa

OCHA: Loji Kuasa Gaza Akan Beroperasi Semula Bergantung Kepada Bekalan Minyak

Rabu , 08-10-2014 – “Penyambungan operasi loji kuasa Gaza (GPP) adalah bergantung kepada kesediaan bekalan minyak” umum United Nations Office for the Coordination of Humanitarian Affairs (OCHA) pada hari Isnin lalu, dalam laporan mingguan ‘Protection of Civilians’.

Laporan itu menerangkan lagi, menurut Al-Ray, GPP telah diberhentikan operasi sejak 29 Julai akibat beberapa serangan oleh Israel, yang mengakibatkan Semenanjung Gaza terpaksa bergantung penuh kepada bekalan elektrik yang dibeli daripada Mesir dan Israel.

Turut dilaporkan bahawa walaupun kesediaan bekalan minyak dapat diperolehi, adalah sukar untuk membekalkan servis di kawasan-kawasan yang paling terkesan oleh serangan Israel yang terakhir di rantau itu. Kawasan-kawasan tersebut termasuklah Beit Hanoun, Al Shuja’eyyah, Khuza’a dan Rafah timur.

sumber : http://www.imemc.org/
penterjemah : nur syarira