
Selasa , 21-10-2014 – Sumber Palestin mengumumkan pada Khamis malam bahawa seorang kanak-kanak Palestin meninggal akibat cedera yang dialaminya ketika pertelingkahan di kampung Beit Liqyia, dekat pertengahan Bandar Tebing Barat Ramallah.
Bahha Samier Bader, 13 tahun sedang bermain bola sepak bersama rakan-rakannya apabila tentera rejim menceroboh Beit Liqyia dan melepaskan tembakan kepada para penduduk dan kediaman mereka. Tembakan tersebut mengena Bahha. sumber perubatan memaklumkan bahawa Bahha tiba di pusat perubatan Ramallah setelah mengalami kecederaan serius dan meninggal kemudiannya.
sumber : http://www.imemc.org/
penterjemah : nur idawati
One reply on “Kanak-kanak Palestin dibunuh oleh tembakan tentera rejim Israel dekat Ramallah”
mendengar hal ini saya makin panas ingin kesana. namun pemerintah belum mengeluarkan perintah untuk jihat,