Selasa , 28-10-2014 – HAMAS wilayah Khan Younis mengumumkan bahawa pihaknya akan menganjurkan sebuah festival besar bagi meraikan keluarga para syuhada yang gugur di dalam peperangan “Asfin Ma’kool”.
Dalam sebuah sidang media di Pejabat informasi HAMAS di Khan Younis, pergerakan itu akan melaksanakan persiapan akhir bagi festival itu pada awal minggu hadapan. Pergerakan itu juga menjelaskan bahawa penundaan pelaksanaan festival itu adalah bagi memasukkan kesemua keluarga syuhada wilayah Khan Younis yang jumlahnya sebanyak 597 orang yang terdiri dari setiap sayap pergerakan itu dan setiap lapisan masyarakat yang bernaung dibawah pergerakan itu.
Cadangan pergerakan itu bagi memilih daerah timur untuk penganjuran festival itu di mana daerah itu adalah yang paling hampir dengan lokasi pertempuran. Daerah itu jugalah yang menyaksikan kepahlawanan anak bangsa dalam menghadapi peperangan dan memberikan pengajaran kepada musuh yang akan menjadi bukti sejarah akan keteguhan masyarakat di dalam memilih untuk melawan penjajahan sehingga pembebasan setiap inci tanah Palestin.
sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : muiz