
Selasa , 28-10-2014 –Sumber perubatan Palestin di Baitulmuqaddis di timur Baitulmuqaddis telah melaporkan bahawa sejumlah penduduk telah cedera ketika pertelingkahan yang berlaku di kawasan berlainan di Baitulmuqadddis setelah solat Jumaat, apabila tentera dan polis menghalang ribuan daripada memasuki Masjid Al-Aqsa.
Pihak tentera menculik 3 kanak-kanak termasuk seorang budak lelaki kurang upaya. Saksi mata berkata, protes berlaku di kawasan berasingan di timur Baitulmuqaddis dan di beberapa bandar berdekatan; apabila pihak tentera menghalang ribuan orang daripada memasuki masjid Al-Aqsa dan lamannya untuk solat Jumaat.
Pertelingkahan berlaku di banyak kawasan komuniti Palestin di Baitulmuqaddis termasuk Wad al-Joz, Silwan dan bandar-bandar al-‘Eesawiyya. Radio Baitullaham 2000 mengatakan bahawa polis perisik Israel dan tenteranya menculik 3 kanak-kanak Palestin termasuk seorang budak kurang upaya dan membawa mereka ke balai polis di bandar itu.
sumber : http://www.imemc.org/
penterjemah : nur idawati