
Khamis , 30-10-2014 – Bapanya kini berada di Amerika Syarikat; ibunya pula di Jordan, dan beliau menjadi syuhada di tanah Palestin.
‘Orwa Abdul Wahab Hammad menghembuskan nafas terakhirnya dikelilingi tentera Israel yang menembaknya dalam satu serangan hendap, ketika bersembunyi di belakang pokok zaitun. Peluru yang membunuhnya telah dilepaskan oleh salah seorang tentera Israel daripada jarak 400 meter, menembusi leher beliau. Remaja itu kemudiannya rebah, tidak bergerak.
Ianya bermula apabila sekumpulan remaja Palestin mendengar tembakan yang menyebabkan mereka bersembunyi menyelamatkan diri. Kemudiannya mereka kembali berkumpul sebelum menyedari bahawa Hammad tidak muncul. Mereka tidak tahu apakah yang terjadi ke atas Hammad.
Ketika inilah mereka mula tertanya-tanya tentang nasib yang menimpa Hammad, dan kenapa beliau tidak bersama mereka. Selepas tentera Israel melepaskan tembakan, mereka meninggalkan tempat persembunyian mereka dan berlari ke arah Hammad, dan menghalang penduduk serta kumpulan kami untuk memberikan bantuan serta merekodkan kejadian itu.
Remaja itu dibiarkan berdarah sehingga setengah jam, dan menghembuskan nafasnya ketika dikelilingi oleh tentera Israel yang sedang bergembira mengambil gambar dan video remaja itu dengan menggunakan telefon bimbit mereka. Pasukan perubatan Palestin kemudiannya dibenarkan untuk membawa jenazah itu ke Pusat Perubatan Palestin di Ramallah.
sumber : http://www.imemc.org/
penterjemah : redz