Categories
Berita Semasa

Pencerobohan Israel Terus Meningkat di Kawasan Yang Dijajah

Selasa, 04-11-2014 – Provokasi daripada tentera Israel dan pendatang haram Israel berterusan di kawasan Palestin yang dijajah pada Rabu dengan beberapa pencerobohan dilaporkan berlaku di Tebing Barat dan Timur Baitul Maqdis ketika penduduk militan Yahudi memecah masuk masjid al-Aqsa melalui pintu Mughrabi.

Tentera Israel yang bertopeng telah dilaporkan menyerang seorang pelajar sekolah berumur 13 tahun sebelum menahan pelajar itu di dalam sekolahnya, di bandar lama Hebron, menurut bapa pelajar itu, Arif Jabir.

Encik Jabir memberitahu Agensi Berita dan Maklumat WAFA Palestin bahawa tentera itu memasuki sekolah, menyerang dan memukul anaknya Bara’a dengan kejam sebelum membawa pelajar itu keluar dengan cara yang zalim diiringi bahasa yang kesat.

Tentera itu dengan ganasnya memasukkan Bara’a ke dalam jip tentera, mencederakannya. Bara’a kemudiannya dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan.

sumber : IMEMC News
penterjemah : redz