Categories
Berita Semasa

HAMAS Menafikan Meminta Sebahagian Daripada Dana Yang Diperuntukkan Untuk Membangunkan Gaza

Jumaat , 21-11-2014 – Pergerakan HAMAS menafikan bahawa mereka meminta sebahagian daripada dana yang diperuntukkan untuk pembangunan semula Gaza, sambil menerangkan bahawa tuduhan ini satu penipuan yang nyata.

Jurucakap HAMAS, Sami ABu Zuhri menolak dakwaan Pegawai Fatah, Barakat al-Farra yang menyatakan bahawa HAMAS meminta 20 peratus daripada dana tersebut. “Dakwaan itu menunjukkan bahawa setakat mana Pihak Berkuasa Palestin dan Fatah sanggup menipu,” kata Abu Zuhri.

“Tuduhan ini merupakan tuduhan yang palsu, serta tidak berasas, dn penduduk Palestin tahu bahawa perkara seperti itu memang tidak boleh dipercayai,” tambah jurucakap itu lagi. Pegawai Atasan Fatah, Barakat al-Farra, bekas duta Palestin ke Mesir baru-baru ini menuduh HAMAS menghalang pembangunan semula Gaza dengan meminta 20 peratus daripada sumbangan itu yang diberikan semasa Persidangan Kaherah.

Negara-negara penderma pada 12 Oktober berjanji ketika persidangan itu bahawa sejumlah 5.4 bilion dollar akan diberikan untuk pembangunan semula Gaza dan hak asasi manusia, tetapi setakat ini masih belum lagi disalurkan.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : redz