Categories
Berita Semasa

Tahanan Palestin ugut mogok lapar sebagai tanda protes layanan teruk IPS

Selasa , 09-12-2014 – Kepimpinan jawatankuasa tahanan Islamic Jihad memaklumkan kepada Perkhidmatan penjara Israel (IPS) mengenai niat mereka untuk memulakan satu mogok lapar terbuka lantaran tuntutan mereka untuk melepaskan seorang tahanan Palestin Nahar Saadi, yang dijatuhkan empat hukuman berturut-turut dan 20 tahun penjara, tidak dipenuhi pada Ahad lalu.

Jawatankuasa itu memberitahu melalui satu surat bahawa mogok itu dirancang secara bersepadu dengan Saadi yang telah terlibat dalam mogok lapar selama 16 hari sebagai bantahan terhadap sekatan lawatan dan pengurungan terasing di penjara Israel yang dikenakan ke atasnya. Ketua Prisoners Centre for Studies, Rafat Hamdouna, memberi amaran mengenai kempen yang dilancarkan oleh kerajaan penjajahan Israel dan angkatannya terhadap tahanan Palestin.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nor syarira