Categories
Berita Semasa

Steinmeier: Ketegangan Palestin-Israel mencapai tahap paling teruk

Isnin , 15-12-2014 – Menteri Luar Jerman Frank-Walter Steinmeier berkata ketegangan berlanjutan di antara Palestin dan Israel telah mencapai tahap yang paling buruk selepas pembunuhan pengarah Suruhanjaya anti Tembok dan Pendudukan Pihak Berkuasa Palestin Ziyad Abu Ein Rabu lalu.

Steinmeier juga mendesak siasatan menyeluruh terhadap kematian Abu Ein. “Kematian tragis Ziyad Abu Ein di Tebing Barat menggambarkan tahap baru dalam ketegangan berterusan antara Israel dan Palestin.” “Sekarang adalah penting untuk menjelaskan dengan segera keadaan kematiannya, dengan cara yang menyeluruh, yang dapat difahami oleh semua,” katanya.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : hasbullah