Categories
Berita Semasa

Mishaal: Semua pilihan dibuka untuk menghentikan sekatan Gaza

Khamis, 18-12-2014 – Pengerusi biro politik Hamas Khaled Mishaal berkata dalam kenyataan akhbar yang semua pilihan dibuka untuk menghentikan sekatan di Semenanjung Gaza dan menyalahkan Pihak Berkuasa Palestin (PA) dan kerajaan perpaduan sebagai bertanggungjawab di atas kelambatan proses pemulihan.

Dalam temuramah ekslusif di akhbar al-Resalah pada Isnin, Mishaal menyalahkan kerajaan perpaduan atas penangguhan pemulihan Gaza. “Adalah tidak masuk akal bagi Gaza yang telah berjuang dengan berani ketika penjajahan, masih belum dapat menyaksikan pembinaan semula,” kata beliau.

Mishaal menyatakan yang Hamas bekerja dalam dua perkara secara selari, perkara pertama adalah untuk menyeru PA dan kerajaan perpaduan untuk memikul tanggungjawab proses pemulihan. Perkara kedua ialah bekerja dengan institusi tempatan bagi menyumbang ke arah pemulihan semula Gaza.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nur idawati