
Rabu , 31-12-2014 – Perdana menteri Turki, Ahmet Dovutoglu bertemu dengan ketua biro politik HAMAS, Khaled Mishaal pada petang Sabtu di rumahnya di bandar Konya, Turki sambil membincangkan perkembangan terbaru hal ehwal Palestin terutamanya di Gaza dan Baitul Maqdis.
Pejabat perdana menteri Turki itu mengeluarkan kenyataan media bahawa kedua pihak itu berbincang selama 4 jam tentang beberapa isu yang berkaitan, termasuklah bantuan kemanusiaan Turki kepada Gaza, dan langkah diplomatik Turki untuk menghalang perlanggaran Israel di Baitul Maqdis.
Pejabat itu juga menambah bahawa Dovutoglu dan Mishaal bercakap tentang lawatan presiden Mahmoud Abbas ke Turki yang akan berlaku tidak lama lagi, sambil menyatakan bahawa pertemuan antara Mishaal dan Dovutoglu membuahkan hasil.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : redz