
Selasa , 06-01-2015 – Keberanian kerajaan Turki menyokong rakyat Palestin di Semenanjung Gaza didalam peristiwa pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan oleh tentera laut Israel ke atas kapal bantuan Turki, Mavi Marmara memotivasikan seorang pelarian Palestin, Muhammad Shana’a untuk menamakan anaknya bersempena nama Perdana Menteri Turki itu, Recep Tayyip Erdogan.
Ketika itu, Shana’a tidak mengetahui bahawa kanak-kanak ini akan menyebabkan perubahan drastik di dalam kehidupan daifnya di kem pelarian Lubnan. Lawatan Erdogan ke Saida pada tahun 2010 untuk menaja pembukaan Hospital Turki adalah satu peluang keemasan kepada Shana’a untuk menemui pemimpin itu.
Selepas 4 tahun daripada pertemuan itu, Shana’a bersama anaknya “Recep Tayyip Erdogan” dan lima adik-beradiknya yang lain beserta ibubapanya telah diberi kerakyatan Turki, sekaligus memberikan mereka peluang untuk memulakan hidup baru menggantikan kehidupan mereka yang miskin dan derita semasa di kem pelarian.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nurul