
Selasa , 06-01-2015 – Ahli jawatankuasa pusat Barisan Popular Untuk Pembebasan Palestin (PFLP), Husain al-Jamal, berkata permohonan yang dibuat oleh pihak berkuasa Palestin (PA) untuk menyertai organisasi antarabangsa termasuk Mahkamah Jenayah Antarabangsa dan Statute Rom merupakan permulaan yang baik.
Namun begitu, beliau menekankan, PA jangan bertangguh dalam hal tersebut dan jangan menuju kembali kepada rundingan-rundingan remeh. Beliau berkata dalam kenyataannya di Rangkaian TV Berita Palestin Hari Ini dan TV Al Quds bahawa ugutan oleh Israel yang mendakwa bahawa dengan menandatangani Statute Rom menjadikan kepimpinan penentang bertanggungjawab sebagai tidak masuk akal kerana mereka berjuang untuk kebebasan yang dijamin oleh undang-undang antarabangsa.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nor idawati