Categories
Berita Semasa

Haniyah Bincang Penyelesaian Krisis Gaza Bersama Pimpinan Jihad Islam.

Isnin, 12-01-2015 – Wakil Ketua Biro Politik Gerakan Pejuang Islam Hamas, Ismail Haniyah Isnin (5/1/2015) bertemu dengan delegasi pimpinan gerakan Jihad Islam. Bersama delegasi Jihad Islam, Haniyah membincangkan aspek kerjasama serta isu dan krisis yang terjadi di Semenanjung Gaza.

Pejabat Haniyah dalam pernyataannya menjelaskan bahawa kedua-dua pihak membincangkan realiti politik dan mekanisme kerjasama. Mereka turut membahasakan beberapa krisis kehidupan yang berlaku di Semenanjung Gaza dan jalan keluar daripada krisis tersebut.

Pihak Pejabat Haniyah menyatakan bahawa Semenanjung Gaza mengalami krisis elektrik yang sangat parah, dimana waktu pemutusan bekalan elektrik mencapai 18 jam setiap hari. Sementara itu Kerajaan Perpaduan menolak untuk memikul tanggungjawab terhadap krisis yang berlaku di Gaza, terutama berkaitan dengan pintu masuk ke Gaza, para pegawai dan sektor kesihatan.

sumber : COMES
penterjemah : Osman