
Khamis , 15-01-2015 – Perkhidmatan pertahanan awam Palestin di Semenanjung Gaza memaklumkan bahawa pihak mereka telah menjalankan 303 misi untuk membantu rakyat Palestin dan membersihkan jalan dalam keadaan cuaca teruk yang melanda sejak beberapa hari yang lepas.
Dalam satu sidang akhbar pada hari Sabtu, kementerian dalam negeri di Gaza mendesak kerajaan bersepadu di Ramallah untuk sama-sama memikul tanggungjawab dalam perkara ini dan menyediakan perbelanjaan dan bayaran gaji operasi supaya kementerian tersebut dapat memikul tanggungjawab mereka dengan sempurna.
Kementerian tersebut turut menambah bahawa oertahanan awam telah mengosongkan rumah 152 keluarga yang dilanda banjir di Rafah, Khan Younis dan Wadi Salaqa serta menjalankan 79 tugasan membersihkan air banjir, sisa-sisa kotoran, pokok-pokok, tiang dan papan tanda di pelbagai kawasan dan jalan.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nor syarira