Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis musnahkan kampung Araqib di Negev

Jumaat , 23-01-2015 – Jentolak Israel beserta tentera rejim memusnahkan kampung “al-Araqib” di Negev pada pagi Rabu di selatan wilayah itu.

Sumber tempatan menyatakan, sejumlah besar tentera rejim menyerbu dan menyekat kemasukan ke kampung itu setelah para lelaki keluar bekerja. Wanita dan kanak-kanak terpaksa berlindung di perkuburan kampung meski cuaca sejuk melampau untuk menyelamatkan diri daripada serangan tentera rejim.

Pemusnahan kampung itu merupakan sebahagian daripada perancangan Israel untuk mengusir 120 ribu warga Palestin dari kediaman mereka untuk membina penempatan Yahudi yang baru di atas runtuhan perkampungan Palestin yang kononnya tidak sah.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nor syuhada