
Jumaat , 06-02-2015 – Persatuan Tahanan Palestin melaporkan testimoni di mana tahanan kanak-kanak Palestin didera di penjara Israel Hasharon pada Ahad lalu. Menurut peguam persatuan tersebut, Fawwaz al-Shaludi, seorang kanak-kanak berumur 14 tahun, Malak al-Khatib dari Ramallah telah didera dan diseksa sebagaimana tahanan-tahanan dewasa
walaupun beliau merupakan tahanan perempuan termuda di penjara Israel. Malak telah dijatuhkan hukuman penjara dua bulan di samping denda yang dianggarkan berjumlah USD1500. Tambah peguam itu lagi, menurut Malak, Pihak Berkuasa Penjajahan Israel (IOA) menghalang ibu-bapanya menghadiri siasatan dan ini melanggar undang-undang antarabangsa. IOA juga tidak membenarkan ibu-bapanya melawat atau bercakap dengannya serta menghalang mereka memberikan pakaian mahupun buku persekolahan kepadanya.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nor syarira