
Khamis , 12-02-2015 – Menteri Luar Belgium, Didier Reynders mengutuk sekeras-kerasnya rancangan Israel untuk meluaskan pendudukan (tanpa izin) di Tebing Barat dan Timur Baitul Maqdis.
“Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Luar itu, Reynders tidak bersetuju dengan keputusan pihak berkuasa Israel pada 30 Januari 2015 yang membuka tender untuk membina 450 unit kediaman baru Kiryat Arba, Adam, Elkkana, Maale Adumim dan Afei Monashedi di Tebing Barat,” – kenyataan yang dikeluarkan oleh kementerian luar pada Rabu baru-baru ini. “Menteri itu juga mengutuk pengumuman untuk membina 93 buah unit rumah baru Gilo, di kawasan Baitul Maqdis yang dijajah.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah :redz