
Khamis , 12-02-2015 – Angkatan Penjajahan Israel (IOF) telah menahan dua orang rakyat Palestin termasuk seorang kanak-kanak lewat Rabu lalu di Baitulmuqaddis.
Polis Israel menangkap kanak-kanak tersebut semasa dia sedang bermain di luar rumah ibu-bapanya di bandar al-Tur. Pegawai polis meminta ibu kanak-kanak tersebut untuk membayar 750 shekels apabila ibu kanak-kanak tersebut meminta kanak-kanak tersebut dibebaskan, sebagaimana disahkan oleh Pengerusi Prisoner’s Relatives Committee di Baitulmuqaddis, Amjad Abu Hasab, melaporkan bahawa seorang pemuda juga telah ditahan di Allenby Bridge dan dibawa ke balai polis Nabi Yacoub.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nor syarira