Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis memecah masuk pejabat dan kediaman ahli parlimen (MP) Abu Juhaishe

Jumaat, 03-04-2015 – Tentera rejim Israel (IOF) menyerbu rumah MP Mohammad Abu Juhaishe, pada petang Selasa di Bandar Ithna al-Khalil.

MP Abu Juhaishe memberitahu wartawan PIC yang pihak IOF berkenderaan beberapa jip menyerbu rumah dan pejabatnya dan mula menyoalsiasat dalam rumahnya selama lebih 1 jam.

Beliau menambah, tentera-tentera itu berada dalam rumahnya lebih kurang 2 jam. Mereka memberhentikn orang yang lalu lalang untuk disoal. Kemudian mereka memberi arahan kepada anak saudaranya untuk disoal oleh perisikan Israel di Etzion.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nor idawati