Rusia : Quartet Perlu Tarik Balik Kepungan Terhadap Palestin.


Rabu, 28/02/07 –Rusia menyedari kepentingan menarik balik pengepungan dikenakan ke atas rakyat Palestin Moscow, Khaled Mishaal, pemimpin tertinggi Hamas,Selasa,mengesahkan bahawa Rusia akan berusaha bersama-sama dengan jawatankuasa kuartet untuk menarik balik pengepungan yang dikenakan selama setahun ke atas penduduk Palestin.


Mishaal,secara kesimpulannya di pertemuan dengan menteri luar Rusia Sergey Lavrov, berkata, Moscow menyatakan persefahaman mutlak amat diperlukan untuk menarik balik pengepungan itu dan memulakan kerjasama dengan kerajaan bersama Palestin.Rusia sedang merangka satu draf bersama-sam jawatankuasa kuartet untuk menarik balik pengepungan dan menambah bahawa pihak Rusia secara jelas menyokong persetujuan yang telah dibuat antara Hamas dan Fatah di Makkah sebelum ini.

Mishaal, dalam pertemuan dengan masyarakat Palestin di Moscow, berkata Hamas dan Fatah telah bersetuju untuk menyusun semula PLO mengikut keupayaannya sebagai wakil tunggal penduduk Palestin di arena antarabangsa.Beliau menjelaskan unsur utama Persetujuan Makkah adalah menarik balik sekatan dan menjamin kerjasama antarabangsa dengan kerajaan perpaduan baru yang sedang ditubuhkan. Pemimpin Hamas menekankan penduduk Palestin enggan menerima tekanan dari mana-mana pihak, menambah,”Kami percaya segala tekanan dan perintah hanyalah untuk mendesak ke dalam peperangan saudara”.