Categories
Berita Semasa

Racun Perosak Israel musnahkan Tanaman Gaza (laporan)

Isnin, 27-04-2015 – Isam Abu Mohareb, seorang petani Palestin dari Gaza, tidak menyangka bahawa semburan dari pesawat pertanian Israel pada hari Selasa 21/4/2015, akan menghancurkan harapannya untuk mendapat ganti rugi atas kerugian yang dialaminya semasa pencerobohan Israel 2014.

Setelah para petani menghabiskan syif malam mereka, pesawat pertanian Israel menyembur racun perosak yang tidak dikenali ke atas sebahagian besar kawasan pertanian di utara dan selatan tapak tentera Kissufim.

Tidak menyedari kesan semburan tersebut, Abu Mohareb meninggalkan ladangnya dan kembali keesokan paginya, mendapati tanaman tembikai, lada, timun panjang, labu dan mallow telah layu dan hilang warna. Beliau kemudian mengetahui bahawa semburan pesawat Israel telah memusnahkan tanaman di sepanjang 500 meter ke kawasan utara sempadan Gaza-Israel, di samping 700 meter kawasan pertanian yang rosak akibat racun perosak yang dibawa oleh angin timur.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nor syarira