Categories
Berita Semasa

Tiga pelarian Palestin terbunuh di Syria

Rabu, 06-05-2015 – Tiga pelarian Palestin terbunuh Isnin lalu akibat pengeboman dan pertempuran berterusan di sekitar kem-kem pelarian Palestin di Syria, menurut kumpulan hak asasi.

Kumpulan Tindakan Pelarian Palestin di Syria (AGPS) dalam satu kenyataan bertulis yang dikeluarkan Selasa lalu memberitahu, ketiga-tiga mangsa dikenal pasti sebagai, Mohammed Jamal Mawed yang meninggal dunia akibat konflik yang sedang berlaku di Syria, Abu Louay Saadeia yang telah diseksa hingga mati dalam penjara oleh Rejim Syria dan pelarian wanita Palestin Amna Hussein Amayri yang meninggal dunia kerana kekurangan pemakanan dan kekurangan rawatan perubatan di kem Yarmouk. Sementara itu, dokumentasi AGPS dan pasukan pemantauan menunjukkan bahawa 176 orang dari kem Yarmouk meninggal dunia akibat kepungan dan kekurangan rawatan perubatan.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : Annasuhana Sulaiman