Categories
Berita Semasa

Jentera-Jentolak Israel Buka Jalan Penempatan di Selatan Nablus.

Rabu, 03-06-2015 – Pusat Informasi Palestin: Jentera-jentolak Israel pada hari Ahad(31/5) telah membuka jalan penempatan di tanah warga daerah Ushairah di selatan kota Nablus, Wilayah utara Tepi Barat.

Ada saksi mengatakan, ” Jentolak tentera Zionis dengan perlindungan polis dan 50 askar, mula membuka jalan penempatan di tanah warga daerah Buraijimah di Ushairah, kira-kira sepanjang 150 meter.”

Tambah mereka, “Pembukaan jalan ini mengancam lebih dari 20 pemilik tanah pertanian yang tanah mereka terletak di dua sisi jalan penempatan tersebut yang mencapai puluhan hektar. Jalan ini menghubungkan antara tentera Zionis yang ada di daerah tersebut dan tangki air utama yang menghubungkan warga daerah tersebut.

Penduduk daerah Ushairah yang terletak berhampiran penempatan Yahudi Itsahar dan Bracha, secara tidak langsung telah diserang secara fizikal dan harta benda yang ada. Dengan perlindungan tentera Zionis secara kejam melakukan hukuman terhadap mereka. Bermula dari serbuan, menggeledah ke rumah pada waktu malam dan penggunaan fasiliti di daerah tersebut untuk latihan ketenteraan.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : Asyraf Bakti