
Rabu, 03-06-2015 – Menurut Ma’an , pusat pemeriksaan ketenteraan Israel yang menuju ke bandar Tebing Barat Beit Furik ditutup selepas ada rakyat Palestin didakwa telah melontar koktel Molotov pada kereta Israel yang memandu di pintasan tersebut pada waktu malam.
Oleh itu, Palestin tidak dibenarkan masuk melalui pusat pemeriksaan dari kedua-dua arah. Di pintu masuk bandar berhampiran Beit Dajan, ” pusat pemeriksaan terbang” telah ditubuhkan untuk memeriksa kenderaan Palestin yang melaluinya.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : syam