Categories
Berita Semasa

Hamas Ketepi Kesepakatan Gencatan Dengan Israel

Isnin, 24-08-2015 – Pusat Informasi Palestin: Gerakan Peperangan Islam Hamas, Hasan Yusuf, menolak keras berita yang mengatakan Hamas telah bersepakat dengan penjajah Zionis untuk satu janji gencatan senjata jangka masa panjang. Dia menegaskan bahawa berita yang tersebar itu hanya angan-angan media sahaja.

Hasan Yusuf menjelaskan, “Perbincangan berkaitan gencatan tidak hanya tidak datang dari kelompok-kelompok yang mahu menenangkan keadaan.” Anggota Dewan Perundangan Palestin ini mengatakan , “Pihak-pihak itu menilai situasi ini dari sisi bahawa Sempadan Gaza berada di bawah letupan yang boleh meletup bila-bila masa saja, dan itu akan menjadi ancaman bagi penjajah Zionis akibat pengepungan yang mematikan kehidupan rakyat di Sempadan Gaza.

Dia menambah lagi, “Itu gambaran masalah dan penilaian di Sempadan Gaza yang sampai kepada penjajah Zionis, agar menjadi pesan kepada mereka supaya tidak lagi mengepung dan meringankan penderitaan penduduk Sempadan Gaza. Ini kerana letupan yang datang dari Gaza akan sangat merugikan Zionis.

sumber : COMES
penterjemah : asyraf arshad