Categories
Berita Semasa

Ikan lumba-lumba pengintip ditangkap oleh Hamas di pantai Gaza

Isnin, 24-08-2015 – Hamas telah menangkap seekor ikan lumba-lumba yang dikatakan dilengkapi oleh kamera dan peralatan lain dalam misi mengintip oleh rejim Israel, sumber yang enggan diperkenalkan identitinya memberitahu akhbar tempatan Quds pada Rabu.

Haiwan laut tersebut dilaporkan ditangkap oleh pasukan komando elit Hamas beberapa hari lepas dekat pantai Gaza yang dikepung.

Sumber tersebut menyatakan ikan lumba-lumba itu dihantar oleh rejim Israel untuk mengambil rakaman video aktiviti latihan unit itu. Al-Quds melaporkan yang tentera Hamas mula bimbang kerana pergerakannya yang meragukan. Peralatan mengintip dilaporkan dijumpai apabila ikan lumba-lumba itu dikeluarkan dari perairan dan diperiksa.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati