
Jumaat, 28-08-2015 – Pusat Kajian Tawanan Palestin mengatakan bahawa jumlah anggota dewan perundangan Palestin yang meringkuk di penjara Zionis sejak 10 tahun lalu telah berkurang. Jumlah mereka kini hanya 4 orang setelah dibebaskan tahanan yang bernama Muhammad Badr dari Hebron setelah dia dihumban selama 22 bulan sebagai tahanan pentadbiran(tanpa tuduhan dan bicara hukuman) di penjara penjajah Zionis.
Jurucakap Pusat Kajian Tawanan Palestin, Riyad Asyqar mengatakan bahawa jumlah anggota dewan yang ditawan penjajah Zionis sejak tahun 2006 naik turun polanya.
Dia menyatakan ada saatnya jumlah tahanan yang meringkuk di dalam penjara Zionis mencapai sehingga 56 orang. Kemudian ia mengalami penurunan secara drastik pada separuh pertama tahun lalu. Selepas itu, kembali naik jumlahnya secara mendadak setelah penangkapan brutal yang dilakukan penjajah Zionis selepas operasi Hebron pada pertengahan tahun lalu terhadap ribuan rakyat Palestin. Antaranya 28 tahanan yang kesemuanya dengan status tahanan pentadbiran dimana tempoh tahanan dipanjang sehingga 2 atau 3 kali ganda.
sumber : COMES
penterjemah : Asyraf Arshad