Categories
Berita Semasa

Israel Tutup Masjidil Aqsa Selama Seminggu

Jumaat, 04-09-2015 – Polis Israel pada hari Selasa lalu(1/9) menganiaya warga Palestin yang bersiap untuk mara ke gerbang Silsilah di Masjidil Aqsa, selepas larangan masuk bagi umat muslimin ke Masjidil Aqsa minggu kedua berturut-turut. Dua orang pemuda ditangkap setelah dianayai dan dipukul dan salah seorang telah luka parah.

Polis Israel melarang para wanita Muslimat memasuki Masjidil Aqsa selama seminggu ini, dan melarang sejumlah besar pihak lelaki menunaikan solat di dalamnya, walaupun usia mereka telah mencecah 25 tahun ke atas.

Warga Palestin berdemo di depan gerbang Silsilah Masjidil Aqsa, mereka membawa sepanduk yang menegaskan hak mereka masuk ke Masjidil Aqsa, dan menolak pembahagian secara masa dan lokasi. Mereka meluahkan emosi marah atas sikap diam dunia terhadap Masjidil Aqsa, kemudian secara berkumpulan sedaya upaya masuk untuk menunaikan solat berjemaah di depan pasukan khas Israel, yang memenuhi kawasan gerbang Silsilah. Manakala, pasukan Israel terus menyerang para wanita dan lelaki dengan mendorong mereka keluar.

sumber : COMES
penterjemah : Asyraf Arshad