Categories
Berita Semasa

Emadi serah 60 juta dollar bantu bangunkan semula Gaza.

Isnin, 14-09-2015 – Ketua, Jawatankuasa Kebangsaan Qatar bagi Pembangunan Semula Gaza merangkap Duta Besarnya ke Gaza, Mohamed al-Emadi, tiba di Semenanjung Gaza melalui pintu masuk sempadan Beit Hanoun pada hari Khamis semalam.

Menurut Pengarah Biro Teknikal Jawatankuasa itu, Ahmed Abu Ras, semasa lawatannya ke Gaza, Emadi telah singgah di Ramallah. Beliau kini dalam rangka lawatan 2 minggu ke Palestin di mana kebanyakan masanya akan diperuntukkan bagi melawat Gaza. Sebagai Duta, Emadi akan menandatangani kontrak bagi beberapa projek baru di Gaza yang dianggarkan bernilai 60 juta dollar.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali