
Selasa, 15-09-2015 – Loji Kuasa Gaza (GPP) menghentikan satu daripada penjana kuasanya dan menguatkuasakan semula jadual bekalan elektrik di mana tenaga elektrik dibekalkan selama 6 jam dan diputuskan selama 12 jam disebabkan oleh kekurangan bahan bakar. Syarikat bekalan elektrik tersebut berkata dalam satu kenyataan, GPP dengan koordinasi Pihak Berkuasa Tenaga Palestin terpaksa menghentikan operasi penjana kuasa di lojinya akibat kekurangan diesel untuk mengendalikan penjana tersebut.
Ini berikutan tindakan Israel menutup pusat-pusat laluan yang mengakibatkan kekurangan bekalan diesel perindustrian. Syarikat itu juga menambah bahawa kekurangan kuasa itu turut berkait dengan kegagalan Mesir untuk membekalkan kawasan selatan Semenanjung Gaza dengan diesel, yang memburukkan lagi keadaan.
sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor syarira