Mohammed Nazzal : Kepentingan Penduduk Palestin Diutamakan.


Khamis, 29/03/07 –

Mohammed Nazzal, anggota Biro Politik Hamas Rabu ini berkata pergerakannya akan menyokong kesepakatan Arab selagi ia memenuhi kepentingan penduduk Palestin dan memelihara negaranya.

Bercakap kepada Quds Press selaku pemerhati dalam persidangan Institusi Quds antarabangsa di Algeria, Nazzal berkata kini ia dalam peringkat pramatang bagi mengisytiharkan pendirian Hamas terhadap inisiatif Arab sejak Israel menolaknya awal lagi.Dia menggambarkan sebarang persoalan mengenai kedudukan Hamas sebagai “hujah politik tidak bermakna” yang akan membazirkan masa dan usaha sahaja.

Dalam sesi penggulungan persidangan yang bermula pada hari Isnin dan tamat pada hari Rabu, Syeikh Yousef Al Qaradawi selaku pengerusi Institusi Quds menyatakan rasa kesal atas sikap tidak acuh Arab dan Islam atas serangan Israel di Baitulmuqaddis.Beliau menyeru orang Islam menentang Israel dalam cubaan menguasai Baitulmuqaddis dan usaha penggalian Israel di Masjid Aqsa.Dr. Qaradawi juga meminta orang Islam membina masjid dan hospital-hospital dalam kota suci itu serta menyokong usaha penduduk asalnya untuk menggagalkan cubaan-cubaan Israel yang memaksa mereka keluar dari bandar tersebut.