Categories
Berita Semasa

Penduduk Tebing Barat mahu berhimpun bantah pencerobohan pihak Israel

Isnin, 05-10-2015 – Beberapa Penduduk dan pertubuhan dari keturunan Palestin di Tebing Barat, mengumumkan kesungguhan mereka untuk mengadakan perhimpunan umum pada hari Selasa, selama 2 jam bermula dari jam 12 tengahari hingga 2 petang di seluruh daerah Tebing Barat kerana membantah pencerobohan pihak Yahudi Israel di Masjid al-Aqsa yang merupakan salah satu masjid suci umat Islam.

Pihak aktivis tersebut mengesa supaya semua institusi perniagaan, pekedai dan sekolah di Tebing Barat menutup operasi dan perkhidmatan mereka selama 2 jam pada hari tersebut.

Perhimpunan umum itu diadakan untuk menyuarakan bantah penduduk Tebing Barat bagi menghalang perlakuan berterusan pihak Yahudi Israel menyerang dan melakukan kerosakan di Masjid al-Aqsa dan di beberapa kawasan sekitar bandar Baitulmuqaddis.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali