Categories
Berita Semasa

232 Rakyat Palestin Cedera Dalam Tempoh 24 Jam

Selasa, 06-10-2015 – Sekurang-kurangnya 12 rakyat Palestin cedera akibat tembakan dengan peluru hidup, semasa pertempuran semalaman yang berlaku di Ramallah dan al-Bireh, meningkatkan bilangan orang yang cedera 232 dalam tempoh 24 jam.

Lima remaja ditembak dengan peluru hidup, manakala lima lagi cedera peluru getah semasa pertempuran meletus antara berpuluh-puluh penduduk tempatan selepas tentera Israel menyerbu bandar al-Bireh. Sebahagian yang lain cedera akibat sedutan gas pemedih mata.

Mereka yang cedera telah dipindahkan ke hospital kerana mereka mengalami cedera yang sederhana hinggalah teruk.

Pertempuran meletus di bandar selepas tentera Israel menyerang dalam jumlah yang besar dan melepaskan tembakan berat terhadap penduduk tempatan yang bertindak balas dengan membaling batu ke arah mereka.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : ameen