Categories
Berita Semasa

Tentera rejim Israel serang dan bom kediaman pejuang Palestin di Jenin.

Selasa, 06-10-2015 – Tentera penjajah rejim Israel menyerbu kem pelarian Jenin yang terletak di Utara, Tebing Barat, Palestin pada awal pagi Ahad kelmarin dengan melancarkan tembakan bertalu-talu ke arah kediaman keluarga Qays al-Saadi, seorang pejuang yang menentang penjajahan Israel di Palestin.

Menurut laporan dari pemberita Palestine Information Centre yang memetik satu sumber tempatan sebagai berkata, serbuan itu disertai oleh berpuluh-puluh anggota pasukan tentera rejim Israel yang menyerbu kem pelarian tersebut dengan melancarkan tembakan ke arah kediaman seorang pejuang pembebasan Palestin, Qays al-Saadi dan mengakibatkan berlakunya pertempuran sengit di kawasan kem tersebut.

Sebelum serangan, anggota tentera rejim Israel telah memanjat bumbung, beberapa bangunan kediaman penduduk di situ dan pada masa sama, sekurang-kurangnya 40 buah trak tentera turut bersiap sedia mengepung sekitar kawasan kem tersebut.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali