
Selasa, 03/04/07 –
Menteri Luar Palestin, Ziyad Abu Maru telah bertemu rakan sejawatnya dari Perancis, Philippe Doste Blaze di Paris. Menteri Penerangan Palestin, Mustafa Al Barghuth juga mengadakan perbincangan di Rome bersama Menteri Luar Itali, Masimo Dalima dalam usaha meraih sokongan kepada kerajaan perpaduan kebangsaan serta memohon agar bantuan kewangan Eropah kepada negaranya disambung semula.
Abu Amru melahirkan harapan kerajaannya untuk mendapatkan “sokongan politik dan kewangan†dari Kesatuan Eropah. Dalam temubual dengan akhbar Lomond, sebelum bertemu rakan sejawatnya dari Perancis itu, beliau berkata kerajaan Palestin “lebih kurang†setuju terhadap syarat masyarakat antarabangsa.
Menteri Palestin tersebut meminta supaya kerajaan dan Pertubuhan Hamas dibezakan yang mana beliau mengatakan bahawa ia adalah sebahagian dari kerajaan sepertinya seperti Pertubuhan Fatah, briged serta parti bebas. Di Rome pula, agensi akhbar Perancis memetik dari Mustafa Al Barghuthi ketika bertemu Menteri Luar Itali sebagai berkata bahawa beliau menyeru Menteri Luar Itali serta Kesatun Eropah supaya menjalin perhubungan dengan menyeluruh dan segera bersama kerajaan Palestin serta tidak membeza-bezakan antara menteri-menteri.