
Khamis, 22-10-2015 – Pusat Kajian Tahanan Palestin (PCPS) mengesahkan bilangan kanak-kanak yang ditahan di penjara Israel meningkat dalam beberapa minggu kebelakangan ini yang mana sasaran adalah di bahagian dalam wilayah Palestin terutama Jerusalem. Jumlah kanak-kanak ditahan mencecah 280 orang.
Jurucakap pusat Riad al-Ashqar berkata, penjajahan Israel percaya kanak-kanak Palestin merupakan bahan api pencetus intifada (kebangkitan) yang berlaku beberapa bulan lalu di Tebing Barat, Jerusalem dan Gaza termasuklah di wilayah Palestin yang diduduki pada tahun 1948.
Beliau berkata, askar IOF sengaja mengancam kanak-kanak tersebut dengan melakukan penahanan, penyeksaan dan pembunuhan bagi menakut-nakutkan mereka daripada menyertai intifada. Semasa dalam tahanan, tentera akan menyerang kanak-kanak Palestin tersebut dan memukul mereka dengan teruk sejurus selepas penangkapan mereka di bahagian badan yang bermungkinan mengakibatkan kecederaan teruk.Kemudiannya kanak-kanak tersebut dipindahkan ke pusat soal siasat bergantung kepada kecederaan yang dialami sebelum dipindahkan ke penjara utama.
Menurutnya, sejak IOF melancarkan kempen pada awal bulan ini lebih 600 rakyat ditahan yang mana 30 peratus daripadanya adalah kanak-kanak.
sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : anna