
Selasa, 27-10-2015 – Tentera pendudukan Israel mendakwa bom buatan telah diletupkan dekat dengan salah satu pos peronda di bandar Hebron pada tengah malam Jumaat dan satu lagi bom ditemui berhampiran penempatan di Baitulmaqdis.
Menurut laman web berita Ibrani, bom buatan itu meletup berhampiran laluan peronda tentera Israel di jalan antara Idna dan Tarqumiyah di Hebron, selatan Tebing Barat tetapi tiada siapa yang cedera dalam serangan itu dan tentera zionis memulakan kerja-kerja pemeriksaan sebaik sahaja tiba di tempat itu.
Laman web yang sama juga mendakwa bahawa tentera Israel telah menjumpai bom buatan sendiri dengan bendera Hamas yang melekat padanya di kawasan berhampiran penempatan Kokhav Ya’akov, utara Jerusalem dan berlaku proses pencarian di kawasan bom itu.
sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : faiqoh