Categories
Berita Semasa

Intifadhah al Quds: 61 Syahid dan 2120 Cedera dalam Tempoh 26 Hari

Khamis, 29-10-2015 – Kementerian Kesihatan Palestin mengumumkan jumlah syuhada yang gugur sejak intifadhah al Quds meletus dari awal Oktober mencapai 61 orang. Terbaru pasukan penjajah Zionis menembak mati tiga pemuda Palestin di Hebron, wilayah selatan Tebing Barat, pada hari Isnin (26/10).

Dalam pernyataan yang dikeluarkan pada Isnin (26/10) malam, pasukan penjajah Zionis pada pagi Isnin menembak mati Raed Jaradat (22) di persimpangan Beit Ainun di timur laut Hebron. Sementara itu Muhammad Yusuf (20) ditembak mati di kampung Sahlah dekat masjid Ibrahimi di kota Hebron dan pada malam harinya pasukan Zionis menembak mati Iyad Ruhi Jaradat (19) dalam pertembungan berdekatan lokasi Raed Jaradat ditembak.

Kementerian Kesihatan Palestin mengatakan bahawa 23.3% syuhada yang gugur adalah kanak-kanak. Sementara itu jumlah syuhada di Tebing Barat termasuk di al Quds mencapai 43 syuhada dan di Semenanjung Gaza 17 syuhada, termasuk seorang ibu hamil dan bayinya yang berusia kurang dari 2 tahun. Sementara itu seorang pemuda syahid daerah Haurah di dalam wilayah Palestin Terjajah 1948.

sumber : COMES
penterjemah : Osman