
Selasa, 10/04/07 –
Sumber-sumber rasmi Mesir melaporkan pada hari Isnin semalam bahawa pengawal-pengawal sempadan Mesir menahan seorang bangsa Palestin yang melepasi sempadan dari Semenanjung Gaza ke Mesir melalui satu dari dua terowong yang baru-baru telah digali di kawasan tersebut.
Orang Palestin tersebut telah ditangkap di semenanjung Sinai, satu sumber keselamatan Mesir melaporkan.
Dua buah terowong dikatakan dijumpai oleh orang Mesir dibandaraya Rafah; terowong pertama dijumpai oleh pengawal-pengawal sempadan Mesir dan anggota polis yang menangkap lebih awal seorang pemuda Palestin selepas dia cuba untuk menyeberang sempadan melalui terowong baru tersebut.
Juga, Kapten Mohammad Bader, anggota polis bagi semenanjung Utara Mesir berkata polis juga menemui air dan makanan dalam terowong tersebut.
Bader menambah bahawa pemuda Palestin tersebut telah menjalani soal siasat oleh pihak berkuasa keselamatan.
Juga, Bader berkata bahawa terdapat satu lagi terowong dalam sebuah kawasan perumahan Rafah. Terowong tersebut sukar dikesan oleh pengawal keselamatan Mesir dan berharap akan menangkap lebih ramai orang yang menggunakan terowong tersebut.
Israel berkali-kali menuduh Mesir kerana “tidak bersungguh melakukan†penghentian penyeludupan senjata masuk Semenanjung Gaza; Mesir menolak tuduhan-tuduhan tersebut dan berkata bahawa mereka telah berusaha keras untuk menyekat penyeludupan senjata ini.