
Isnin, 30-11-2015 – Tentera rejim Israel (IOF) menembak dan menahan seorang pemuda Palestin ketika warga Palestin membantah pencerobohan IOF di Beit Ummar, al-Khalil. Ramai warga Palestin sesak nafas akibat gas pemedih mata kem pelarian al-Fuwar, al-Khalil.
Daerah Al-Hawar dan jalan pintas (Jalan 60) di al-Khalil menyaksikan kesesakan trafik yang teruk akibat perlanggaran di antara kereta milik pendatang Israel dan warga Palestin lalu menyebabkan IOF menutup jalan tersebut.
IOF semakin meningkatkan pencerobohan ke atas bandar-bandar dan kem pelarian di al-Khalil setelah rejim Israel mengambil keputusan untuk bertindak lebih keras ke atas bandar al-Khalil yang merupakan antara bandar utama dalam operasi anti penjajahan serta ramai penduduknya syahid sejak bermulanya Intifada Baitulmuqaddis.
sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati