
Rabu, 02-12-2015 – Seorang kanak-kanak Palestin gugur ditembak pasukan penjajah Zionis pada Ahad malam (29/11) dalam pergolakan di Kampung Rasul Amud di Silwan, timur al-Quds. Kini, jumlah kanak-kanak telah mencapai 23 orang dari jumlah 106 syuhada yang gugur sejak tercetusnya intifadhah al-Quds awal Oktober lalu.
Kementerian Kesihatan Palestin dalam kenyataan yang dikeluarkan pada hari Ahad tersebut berkata bahawa pasukan penjajah Zionis menembak dada seorang anak Palestin bernama Aiman Samih Abbasi yang berusia 17 tahun. Mangsa dibawa ke klinik dan meninggal di situ.
Sumber berita ada menyebut bahawa Samih Abbasi termasuk bekas tawanan yang dibebaskan dari penjara Zionis. Ketua Persatuan Tawanan al-Quds, Amjad Ashb mengatakan bahawa mangsa telah dibebaskan pada 5 November lepas setelah meringkuk di penjara selama satu setengah tahun di penjara Zionis dan sebelum itu ditetapkan sebagai tahanan rumah selama 10 bulan.
sumber : COMES
penterjemah : asyraf arshad