Categories
Berita Semasa

2 roket Israel dilepaskan di Gaza yang dikepung

Khamis, 10-12-2015 – Kapal terbang perang Israel pada pagi Subuh menembak dua peluru berpandu ke arah kejiranan al-Zaytoun, arah selatan Semenanjung Gaza yang dikepung dan mencetuskan suasana panic di kalangan wanita dan kanak-kanak Palestin.

Menurut sumber tempatan, sebuah jet Israel F16 menembak 2 roket ke arah kawasan pejuang di kejiranan al-Zaytoun dekat sempadan Gaza dan mengakibatkan kerosakan harta benda yang teruk.

Tentera rejim Israel mendakwa serangan itu dilancarkan sebagai tindak balas ke atas tembakan ke arah jip tentera yang ditempatkan dekat sempadan Gaza sedangkan tiada pendatang Israel yang cedera.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati