Categories
Berita Semasa

Tentera laut rejim Israel tahan 2 nelayan Gaza

Khamis, 10-12-2015 – Tentera Laut rejim Israel tahan 2 nelayan warga Palestin semasa mereka keluar untuk menangkap ikan di pantai Gaza dan merampas bot milik mereka. Kejadian berlaku pada hari Isnin, kelmarin.

Menurut kata, Nizar Ayyash, Ketua Persatuan Nelayan Semenanjung Gaza, pada hari itu, pihak tentera laut rejim Israel telah menahan nelayan tersebut semasa mereka keluar dengan botnya di pantai Gaza.

Tambah beliau lagi, kedua-dua nelayan itu, diancam dengan senjata dan dibawa ke pelabuhan Ashdod, pelabuhan di bawah kawalan pihak rejim yang terletak di bahagian utara Gaza.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainuddin