Categories
Berita Semasa

Hanya 7 peratus daripada permit pembinaan di Baitulmuqaddis dikeluarkan untuk kejiranan Arab

Isnin, 14-12-2015 – Sumber rasmi daripada perbandaran Israel di Baitulmuqaddis menunjukkan hanya 7 peratus daripada permit pembinaan dikeluarkan dalam beberapa tahun kebelakangan adalah untuk kediaman di kejiranan Arab ataupun kawasan yang dipanggil ‘kawasan timur’ walaupun 40 peratus penduduk bandar tersebut tinggal di kejiranan Arab.

Akhbar Haaretz Hebrew mendedahkan yang Datuk Bandar Baitulmuqaddis, Nir Barkat, berkata sebelum pemilihannya 7 tahun lepas yang salah satu fungsi utamanya ialah untuk menangani masalah pembinaan yang tidak mendapat kebenaran di timur bandar itu. Masalah itu berpunca daripada kekurangan lukisan struktur atau pendaftaran tanah serta polisi pengabaian oleh perbandaran Israel ke atas kejiranan Arab. Namun data menunjukkan Barakat masih meneruskan polisi yang dilaksanakan oleh Datuk Bandar sebelumnya.

Menurut data perbandaran, hanya 7 peratus daripada permit pembinaan kediaman diberi sejak beberapa tahun kebelakangan kepada 40 peratus penduduk Arab manakala kebanyakan permit dikeluarkan untuk kediaman di Beit Hanina sahaja, bukan untuk kebanyakan kejiranan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati