Categories
Berita Semasa

Isteri wartawan rayu selamatkan nyawa suaminya.

Jumaat, 05-02-2016 – Isteri Mohamed Al-Qeiq, wartawan yang ditahan di penjara Israel dan sedang mengadakan mogok lapar sejak 24 November, 2015 merayu masyarakat antarabangsa seluruh dunia agar membantu menyelamatkan nyawa suaminya

Fayha Shalash, isteri tahanan tersebut dipetik sebagai berkata kepada Palestinian Information Center (PIC), ” Suaminya dalam keadaan antara hidup atau mati di hospital Al-Afula. ” Tegas beliau lagi, ketika ini, keadaan semakin mendesak bagi menentukan nyawa suaminya boleh diselamatkan atau tidak.

Mohamed Al-Qeiq, 33 tahun, sebelum ini bekerja sebagai pemberita untuk saluran berita satelit Al-Majd dan telah ditahan pihak rejim Israel tanpa dinyatakan dakwaan yang akan dikenakan sejak bulan November, tahun lalu.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali