Isnin, 15-02-2016 – Pesuruhjaya bagi tahanan warga Palestin menyatakan bahawa pihak hospital Afula telah mengarahkan doktornya supaya memberi pengawasan perubatan rapi ke atas Mohamed Al Qeiq, wartawan yang terus lakukan mogok lapar berikutan keadaan kesihatannya yang semakin menurun.
Ketua Pesuruhjayanya, Issa Qaraqea berkata bahawa pihak hospital telah meletakkan seorang pegawai perubatan di bilik Qeiq untuk memerhatikan jika berlaku sebarang perubahan pada keadaan kesihatannya.
Tambah Qaraqea lagi, tindakan itu diambil selepas Qeiq menggigil diserang sawan teruk di bahagian dada dan kakinya pada petang Rabu, kelmarin. Tegas beliau lagi, masyarakat antarabangsa perlu campur tangan bagi menyelamatkan nyawa Qeiq sebelum ia terlambat.
sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali