Categories
Berita Semasa

Kecederaan dilaporkan ketika pertelingkahan di Jenin

Isnin, 29-02-2016 – Sejumlah remaja Palestin cedera akibat tembakan peluru getah manakala puluhan lagi menderita akibat terhidu gas pemedih mata ketika pertelingkahan tercetus di bandar Qabatia, selatan Jenin.

Sumber tempatan memberitahu wartawan PIC yang pertelingkahan tercetus di bandar itu ketika tentera rejim Israel memperketatkan batas-batas ketenteraan di kejiranan itu.

Pertelingkahan itu dilaporkan berlaku di pelbagai kawasan di bandar itu di tengah-tengah kehadiran sejumlah besar tentera rejim. Sekurang-kurangnya 2 pemuda dipindahkan ke hospital kerana cedera akibat tembakan peluru getah ketika pertelingkahan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nur idawati