Categories
Berita Semasa

Regim Zionis menahan seorang remaja dan kanak-kanak dari Hebron dan mencederakan penduduk di Jenin.

Isnin, 29-02-2016 – Pada isnin petang yang lalu, tentera rejim Zionis telah menahan seorang kanak-kanak warga Hebron di selatan tebing Barat dan mencederakan orang awam di Qabatiya, selatan Jenin, utara Tebing Barat.

Agensi berita sumber tempatan “Wafa” berkata, dalam serangan tersebut, seorang pemuda Sabir Yusuf (24 tahun) telah disekat di pusat pemeriksaan tentera berhadapan dengan pintu masuk selatan Tebing Barat. Pemuda tersebut ditahan dan kemudiannya ditangkap.

Di samping itu, laman web “Walla” yang ditulis dalam bahasa Ibrani, pada petang hari yang sama berkata, dalam serangan tersebut, seorang remaja palestin dari perkampungan Bani Naim, di timur Hebron telah ditangkap.

Jurucakap tentera Zionis mendakwa, rondaan berkala yang dilakukan bertujuan untuk menjaga keselamatan penduduk Bandar Bani Naim, apabila pada hari tersebut mereka dikejutkan dengan seorang remaja palestin berumur lingkungan 14 tahun apabila tiba-tiba membuka pintu kereta peronda dan menghalakan sebilah pisau di hadapan muka seorang tentera mereka, lantas mereka menangkap pemuda tersebut tanpa berlaku kecederaan di pihak tentera mereka.

Sepanjang serangan tersebut yang memakan masa selama beberapa hari, seramai 4 orang kanak-kanak ditangkap dengan alasan cubaan untuk menikam tentera Zionis dan penduduk di Hebron.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : Aisyah Ismail