
Selasa, 12-04-2016 – Rejim Israel bertindak meroboh 4 buah rumah milik warga Palestin di selatan bandar Jericho, timur Tebing Barat pada petang Isnin, kelmarin. Menurut kata penduduk tempatan, jentolak telah digunakan bagi meruntuhkan sederet bangunan yang terdiri dari 4 buah rumah kediaman milik Muhammad Shahdeh al-N’joum, seorang penduduk tempatan.
Gabenor Jericho, Majid al-Fetyani berkata, tindakan pihak rejim Israel merobohkan rumah milik warga Palestin itu merupakan salah satu dari polisi penghapusan etnik yang dilakukan pihak rejim dan ia menunjukkan sikap sebenar rejim yang sememangnya tidak berminat untuk berdamai.
sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah :zainuddin